Bersama Kita Melunaskan Fardhu Kifayah

Koperasi JML Bhd merupakan koperasi 100% Bumiputra Islam. Menjadi tanggungjawab Fardu Kifayah kami untuk menyediakan produk makanan yang BERSIH, SUCI dan HALAL untuk kegunaan para pengguna. Pihak kami juga telah mendapat pengesahan HALAL dari pihak JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN. Nikmatilah produk kami tanpa was-was.


Segala komen para pelanggan yang budiman dalam usaha bersama melunaskan fardhu kifayah amatlah dialu-alukan. Semoga ALLAH S.W.T. merahmati usaha murni kita semua khususnya para pelanggan dan rakan niaga kami terhadap sokongan yang diberikan kepada kami selama ini......


Sebarang komen dan cadangan, emailkan kepada kami di koperasijmlberhad@gmail.com.







PRODUK KELUARAN KAMI

PRODUK KELUARAN KAMI

PENGHARGAAN KEPADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

Semenjak penubuhan koperasi pada tahun 1999......didalam usaha melunaskan Fardhu Kifayah....Koperasi JML Bhd. merakamkan setinggi penghargaan kepada Suruhan Jaya Koperasi (dahulunya Jabatan Pembangunan Koperasi). Segala bantuan, nasihat, tunjuk ajar, bimbingan.........hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Anugerah Khas SKM yang Koperasi JML terima amat bermakna dan tak ternilai bagi kami.







IKS BIMBINGAN SIRIM

Koperasi JML merakamkan setinggi penghargaan kepada SIRIM Bhd. di atas nasihat dan bantuan dalam pembangunan dan prosesan produk koperasi JML.







AKTIVITI-AKTIVITI KOPERASI JML BHD.

1. Aktiviti Pengilangan makanan basah;

i) Memproses laksa segar

ii) Memproses laksam
iii)Memproses mee kuning
iv) Memproses kueh tiaw
v)Memproses bebola dan kiub ikan.


2. Aktiviti Pemasaran makanan basah, sayuran dan buah-buahan;

i) Memasarkan secara borong di pasar basah di seluruh negeri Kelantan iaitu di bandar Machang, Kuala Krai, Pasir Putih, Tanah Merah dan Kota Bharu.
ii) Memasarkan secara borong di pasar basah di bandar bersempadan Kelantan/Terengganu iaitu di bandar Jertih, Besut dan Bandar Permaisuri.

iii) Memasarkan secara borong di sekitar bandar Bangi, Kajang, Putrajaya, Shah Alam dan Kelang di Lembah Klang dan Selangor.



3. Aktiviti Pertanian

i) Pengeluaran benih dan ternakan air tawar – ikan keli.
ii) Membekal baka dan menternak lembu dan kerbau.

iii) Membekal baka dan menternak itik telur.


Monday, December 27, 2010

PELUANG PEKERJAAN DI KOPERASI JML BHD

Memandang perkembangan dan peluang perniagaan yang memberansangkan di Lembah Kelang serta pembukaan cawangan baru, pihak kami ingin menawarkan peluang pekerjaan sebagai pegawai pemasaran secara tetap/sambilan di cawangan Lembah Kelang. Sehubungan dengan itu, kepada pengujung yang berminat untuk menyertai kami sebagai Pegawai Pemasaran, sila hubungi kami dengan menulis surat/talipon atau datang secara "walk in" pada hari Isnin dan Rabu (2.30 pm- 4.30pm) di pejabat kami di alamat seperti berikut;

Pejabat Urusan
Koperasi JML Berhad,
5-1A, Jalan 15/1A, Seksyen 15,
43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR D.E.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi  Tel: 010-2712373 (Bahrain) atau email koperasijmlberhad@gmail.com

Tuesday, December 21, 2010

Rakan niaga baru - Lokasi Kg. Sijangkang & Teluk Panglima Garang

Bermula pada Ahad 19/12/2010, Koperasi JML Bhd telah mencari sahabat niaga baru di Daerah Kuala Langat, Selangor iaitu di sepanjang jalan dari Kelang-Banting. Alhamdulillah pihak kami mendapat 3 sahabat niaga yang berminat dalam memasarkan produk Koperasi JML di samping melunaskan  fardhu kifayah di kawasan masing-masing. Sahabat baru kami yang berminat tersebut berada di Kg. Sijangkang dan juga di Teluk Panglima Garang. Walaubagaimanapun, pihak kami gagal memperolehi sahabat niaga di pasar awam Teluk Panglima Garang di sebabkan oleh ketiadaan sahabat-sahabat muslim berniaga bahan makanan dan sayuran di pasar tersebut.
Pihak kami juga sedang mencari sahabat niaga yang berminat untuk memasarkan produk keluaran kami kepada pengguna di Pasar awam Banting. Kepada sahabat kami di Sijangkang, Teluk Panglima Garang dan Banting kami ucapkan Selamat Berniaga Bersama Kami dan Pasarkanlah barangan keluaran kami tanpa rasa was-was. Kepada pengguna di kawasan ini, kami ucapkan gunakan produk keluaran kami tanpa rasa was-was.

Monday, November 15, 2010

Pasar Tani MEGA di Tapak MAHA Serdang beroperasi pada 16/11/2010

Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, pihak pengurusan Pasar Tani di Tapak MAHA Serdang telah membuka operasi pada hari Selasa 16/11/2010 bagi memberi kemudahan kepada penghuni di persekitaran Serdang/Putrajaya/Puchong/Kajang dan sekitar untuk membeli keperluan bagi menyambut hari raya haji. Ianya bermula dari awal pagi dan berakhir pada tengahari. Sehubungan dengan itu Koperasi JML Berhad beroperasi seperti biasa pada hari tersebut. Jumpa di sana.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Seluruh warga Koperasi JML Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan kami yang dimuliakan.

Thursday, November 11, 2010

Pejabat urusan Koperasi JML Berhad di Lembah Kelang berpindah ke pejabat yang baru

Bermula 8hb Nov 2010 bersamaan dengan 1 Dzulhijjah 1431 H pejabat urusan Koperasi JML Berhad telah berpindah ke pejabat yang baru di 5-1A, JALAN 15/1A, SEKSYEN 15, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR D.E.

Monday, August 23, 2010

Fasa ke 2 puasa ramadhan al mubarak - fasa keampunan

Fasa kedua merupakan fasa keampunan dari Allah s.w.t.  Sehubungan dengan itu kami seluruh warga Koperasi JML memohon keampunan dan maaf dari para pelangan sekiranya perkhidmatan dan produk kami tidak dapat memuaskan cita rasa dan harapan pelangan budiman.  Kami sentiasa mempertingkatkan usaha dan kecekapan dalam usaha bersama melunaskan fardu kifayah.  InsyaAllah Kek Ikan @ fish cake akan menemui pelangan di pasaran.  Kami memohon kesabaran dan sokongan berterusan dari para pelangan bagi bersama melunaskan fardu kifayah.  Semoga usaha kita mendapat keredaan Allah SWT. 

Saturday, August 7, 2010

BIDANG LATIHAN INDUSTRI

Bidang latihan industri yang kami tawarkan ialah Teknology makanan....... meliputi pengurusan produksi, reka bentuk produk, pengilangan, kawalan mutu, dan lain-lain aspek produksi makanan.

Koperasi juga menawarkan peluang latihan industri dalam bidang pengurusan perniagaan seperti Pemasaran, Perakaunan dan Pengurusan.

SELAMAT BERPUASA

Seluruh warga Koperasi JML merakamkan ucapan selamat berpuasa kepada semua pelangan yang di muliai.

Tuesday, July 27, 2010

Peluang Latihan Industri dan Pemasaran kepada bakal graduan

Pihak Koperasi ingin menawarkan peluang latihan industri dan pemasaran kepada bakal graduan dari IPTA dan IPTS tempatan. Kepada mereka yang berminat, hubungi kami di alamat email koperasijmlberhad@gmail.com.

PELUANG PEKERJAAN BERSAMA KOPERASI JML BHD

Pihak Koperasi ingin menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berkelayakan untuk jawatan seperti berikut;
1. Cawangan Kelantan
Untuk jawatan sebagai;
  • Pegawai akaun
  • Pegawai Pemasaran
  • Pekerja Kilang
  • Pemandu
2. Cawangan Lembah Kelang (Bangi, Kajang dan Shah Alam)
Untuk jawatan sebagai;
  • Pegawai Pemasaran
Selain dari gaji yang lumayan, pihak koperasi juga menyediakan kemudahan asrama bagi yang memerlukan serta lain-lain insentif.
Kepada yang berminat, emailkan kepada kami CV berserta gambar ke alamat email koperasijmlberhad@gmail.com.

Tuesday, March 9, 2010

Selamat Datang Rombongan Pemantau SKM

Koperasi JML merakamkan selamat datang kepada rombongan pemantau Suruhan Jaya Koperasi.  Rombongan ini akan memantau tadbir urus koperasi, operasi harian koperasi, proses pengilangan dan lain-lain aktiviti.  Rombongan ini akan berada di kilang koperasi selama 2 minggu dan 'exit conference' akan diadakan pada 21 March 2010.

Saturday, February 27, 2010

Sambutan Ulang Tahun FAMA

Pada 6 Haribulan dalam meraikan ulangtahun FAMA satu majlis sambutan akan diadakan di Tapak Pasar Tani Mega di tapak MAHA Serdang.  Bersamalah kita datang beramai-ramai memeriahkan majlis.  Pelbagai promosi dan pertunjukan akan diadakan.  Dengar khabar cabutan bertuah pun turut disediakan

Tuesday, January 26, 2010

PROMOSI DI LEMBAH KELANG

Memandangkan permintaan yang menggalakan keatas jualan promosi kami, pihak pengurusan Koperasi JML telah mengambil keputusan untuk meneruskan jualan promosi di Pasar Tani Mega Serdang pada setiap hari SABTU dan pada setiap hari KHAMIS di Pasar Tani Bandar Baru Bangi. Jualan promosi ini akan berterusan sehingga di beritahu kelak.

Friday, January 22, 2010

JADUAL PROMOSI KAMI DI LEMBAH KELANG


Bermula Januari 2010 kami telah memulakan promosi produk kami  di Lembah Kelang. Promosi kami telah mendapat kerjasama pihak FAMA dengan menyediakan gerai promosi di setiap Pasar Tani MEGA di bawah seliaan FAMA. Sebagai permulaan, pada setiap;
  1. SABTU kami mengadakan promosi di Pasar Tani Mega, Serdang,
  2. AHAD di Pasar Tani MEGA di Stadium Shah ALAM dan
  3. KHAMIS di Pasar Tani Bandar Baru Bangi.
Kami menjual produk pada harga promosi serta mempelawa usahawan muda sekitar kawasan tersebut untuk menjadi Rakan Niaga kami. Promosi ini akan berlanjutan sehingga penghujung bulan Januari. Kunjungi kami di gerai promosi di lokasi dan hari seperti yang dinyatakan.

Saturday, January 2, 2010

Jualan Promosi Koperasi JML di Lembah Klang

Koperasi JML Bhd memulakan jualan promosi di bawah kelolaan FAMA di Lembah Klang bermula hari ini 2/1/2010. Sebagai permulaan, pihak Koperasi JML Berhad telah memilih  MAEPS, Tapak MAHA Serdang sebagai tapak promosi pertama kami. Semua produk Koperasi telah dijual di sana dengan harga promosi. Esok 3/1/2010, Koperasi JML akan mengadakan jualan promosi di PASAR TANI MEGA, Stadium Shah Alam. Jualan promosi kami berterusan di kedua-dua lokasi ini selama 2 minggu. Sila dapat produk kami tanpa was-was dengan harga promosi. Jumpa kami di sana.