Monday, August 23, 2010
Fasa ke 2 puasa ramadhan al mubarak - fasa keampunan
Fasa kedua merupakan fasa keampunan dari Allah s.w.t. Sehubungan dengan itu kami seluruh warga Koperasi JML memohon keampunan dan maaf dari para pelangan sekiranya perkhidmatan dan produk kami tidak dapat memuaskan cita rasa dan harapan pelangan budiman. Kami sentiasa mempertingkatkan usaha dan kecekapan dalam usaha bersama melunaskan fardu kifayah. InsyaAllah Kek Ikan @ fish cake akan menemui pelangan di pasaran. Kami memohon kesabaran dan sokongan berterusan dari para pelangan bagi bersama melunaskan fardu kifayah. Semoga usaha kita mendapat keredaan Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment