Bersama Kita Melunaskan Fardhu Kifayah

Koperasi JML Bhd merupakan koperasi 100% Bumiputra Islam. Menjadi tanggungjawab Fardu Kifayah kami untuk menyediakan produk makanan yang BERSIH, SUCI dan HALAL untuk kegunaan para pengguna. Pihak kami juga telah mendapat pengesahan HALAL dari pihak JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN. Nikmatilah produk kami tanpa was-was.


Segala komen para pelanggan yang budiman dalam usaha bersama melunaskan fardhu kifayah amatlah dialu-alukan. Semoga ALLAH S.W.T. merahmati usaha murni kita semua khususnya para pelanggan dan rakan niaga kami terhadap sokongan yang diberikan kepada kami selama ini......


Sebarang komen dan cadangan, emailkan kepada kami di koperasijmlberhad@gmail.com.







PRODUK KELUARAN KAMI

PRODUK KELUARAN KAMI

PENGHARGAAN KEPADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

Semenjak penubuhan koperasi pada tahun 1999......didalam usaha melunaskan Fardhu Kifayah....Koperasi JML Bhd. merakamkan setinggi penghargaan kepada Suruhan Jaya Koperasi (dahulunya Jabatan Pembangunan Koperasi). Segala bantuan, nasihat, tunjuk ajar, bimbingan.........hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Anugerah Khas SKM yang Koperasi JML terima amat bermakna dan tak ternilai bagi kami.







IKS BIMBINGAN SIRIM

Koperasi JML merakamkan setinggi penghargaan kepada SIRIM Bhd. di atas nasihat dan bantuan dalam pembangunan dan prosesan produk koperasi JML.







AKTIVITI-AKTIVITI KOPERASI JML BHD.

1. Aktiviti Pengilangan makanan basah;

i) Memproses laksa segar

ii) Memproses laksam
iii)Memproses mee kuning
iv) Memproses kueh tiaw
v)Memproses bebola dan kiub ikan.


2. Aktiviti Pemasaran makanan basah, sayuran dan buah-buahan;

i) Memasarkan secara borong di pasar basah di seluruh negeri Kelantan iaitu di bandar Machang, Kuala Krai, Pasir Putih, Tanah Merah dan Kota Bharu.
ii) Memasarkan secara borong di pasar basah di bandar bersempadan Kelantan/Terengganu iaitu di bandar Jertih, Besut dan Bandar Permaisuri.

iii) Memasarkan secara borong di sekitar bandar Bangi, Kajang, Putrajaya, Shah Alam dan Kelang di Lembah Klang dan Selangor.



3. Aktiviti Pertanian

i) Pengeluaran benih dan ternakan air tawar – ikan keli.
ii) Membekal baka dan menternak lembu dan kerbau.

iii) Membekal baka dan menternak itik telur.


Sunday, October 23, 2011

Lawatan sambil belajar pelajar Pengkhususan Teknologi Memproses Hasil Pertanian 1

Hari ini kilang kami telah dikujungi oleh seramai 25 orang pelajar dalam bidang Pengkhususan Teknologi Memproses Hasil Pertanian 1, Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang teknologi pemprosesan dua produk tersebut. Pihak kami mengalu-alukan lawatan tersebut semuga hasil Dari lawatan tersebut memberi manafaat kepada kedua-dua pihak dalam mempertingkatkan lagi kaedah proses makanan tersebut. Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang komen dan ulasan bagi pihak kami mempertingkatkan lagi quality proses pengeluaran produk tersebut. Kami akan paparkan beberapa gambar sempena lawatan tersebut sedikit masa lagi.

1 comment:

  1. assalamualaikum . sy dari student form 6 smk mulong. sy ad buat kajian tentang laksa . bleh tak nak tau apa teknologi yang digunakan untuk memproses laksa

    ReplyDelete