Bersama Kita Melunaskan Fardhu Kifayah

Koperasi JML Bhd merupakan koperasi 100% Bumiputra Islam. Menjadi tanggungjawab Fardu Kifayah kami untuk menyediakan produk makanan yang BERSIH, SUCI dan HALAL untuk kegunaan para pengguna. Pihak kami juga telah mendapat pengesahan HALAL dari pihak JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN. Nikmatilah produk kami tanpa was-was.


Segala komen para pelanggan yang budiman dalam usaha bersama melunaskan fardhu kifayah amatlah dialu-alukan. Semoga ALLAH S.W.T. merahmati usaha murni kita semua khususnya para pelanggan dan rakan niaga kami terhadap sokongan yang diberikan kepada kami selama ini......


Sebarang komen dan cadangan, emailkan kepada kami di koperasijmlberhad@gmail.com.







PRODUK KELUARAN KAMI

PRODUK KELUARAN KAMI

PENGHARGAAN KEPADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

Semenjak penubuhan koperasi pada tahun 1999......didalam usaha melunaskan Fardhu Kifayah....Koperasi JML Bhd. merakamkan setinggi penghargaan kepada Suruhan Jaya Koperasi (dahulunya Jabatan Pembangunan Koperasi). Segala bantuan, nasihat, tunjuk ajar, bimbingan.........hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Anugerah Khas SKM yang Koperasi JML terima amat bermakna dan tak ternilai bagi kami.







IKS BIMBINGAN SIRIM

Koperasi JML merakamkan setinggi penghargaan kepada SIRIM Bhd. di atas nasihat dan bantuan dalam pembangunan dan prosesan produk koperasi JML.







AKTIVITI-AKTIVITI KOPERASI JML BHD.

1. Aktiviti Pengilangan makanan basah;

i) Memproses laksa segar

ii) Memproses laksam
iii)Memproses mee kuning
iv) Memproses kueh tiaw
v)Memproses bebola dan kiub ikan.


2. Aktiviti Pemasaran makanan basah, sayuran dan buah-buahan;

i) Memasarkan secara borong di pasar basah di seluruh negeri Kelantan iaitu di bandar Machang, Kuala Krai, Pasir Putih, Tanah Merah dan Kota Bharu.
ii) Memasarkan secara borong di pasar basah di bandar bersempadan Kelantan/Terengganu iaitu di bandar Jertih, Besut dan Bandar Permaisuri.

iii) Memasarkan secara borong di sekitar bandar Bangi, Kajang, Putrajaya, Shah Alam dan Kelang di Lembah Klang dan Selangor.



3. Aktiviti Pertanian

i) Pengeluaran benih dan ternakan air tawar – ikan keli.
ii) Membekal baka dan menternak lembu dan kerbau.

iii) Membekal baka dan menternak itik telur.


Friday, November 11, 2011

Gambar-gambar sempena lawatan Pelajar Institut Pertanian Ayer Hitam Johor

 Pelajar-pelajar meninjau peralatan kilang memproses mee kuning kuey tiaw.













Gambar kenangan pelajar serta tenaga pengajar institut

Bersantai dalam sesi soal jawap

Sunday, October 23, 2011

Lawatan sambil belajar pelajar Pengkhususan Teknologi Memproses Hasil Pertanian 1

Hari ini kilang kami telah dikujungi oleh seramai 25 orang pelajar dalam bidang Pengkhususan Teknologi Memproses Hasil Pertanian 1, Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang teknologi pemprosesan dua produk tersebut. Pihak kami mengalu-alukan lawatan tersebut semuga hasil Dari lawatan tersebut memberi manafaat kepada kedua-dua pihak dalam mempertingkatkan lagi kaedah proses makanan tersebut. Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang komen dan ulasan bagi pihak kami mempertingkatkan lagi quality proses pengeluaran produk tersebut. Kami akan paparkan beberapa gambar sempena lawatan tersebut sedikit masa lagi.

Saturday, September 17, 2011

Perpindahan pusat pemprosesan bagi menampung permintaan

Salam untuk semua pelanggan kami. Alhamdulillah bermula 12 September 2011, pihak kami telah memulakan pemprosesan mee dan kuay tiau bagi pasaran di Lembah Klang di kilang kami yang baru yang terletak di bandar teknologi Kajang. Keputusan ini dibuat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Pihak kami juga berharap dengan perlancaran pusat pemprosesan yang baru ini akan menjamin lagi mutu produk kami. InsyaAllah pihak kami akan memuatturunkan gambar pelancaran ujian larian yang dijalankan keatas kilang keluaran kami tersebut.

Friday, September 2, 2011

MAKLUMAN UNTUK SEMUA PELANGGAN

Pihak kami ingin memaklumkan kepada semua pelanggan kami di Lembah Kelang terutama di Bangi, Kajang, Puchong, Shah Alam dan Klang bahawa pihak kami akan memulakan perniagaan dan pengedaran bahan keluaran koperasi kami bermula pada hari SABTU 3/9/2011. Kepada semua pengguna,  bolehlah mendapatkan  bekalan dari rakan niaga kami seperti yang disenaraikan. Bagi yang ingin mengadakan rumah terbuka sempena hari raya, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi kami  di talian seperti berikut; 

1. 0122346609 Pn. Wan Aneazam 
2. 0123483664 Pn. Roslinda
3. 0176632058 En. Mohamad Dailmi

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Dikesempatan ini, pihak kami ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMOGA RAYA INI LEBIH BERMAKNA BUAT KITA SEMUA DAN MENDAPAT RAHMAT DARINYA. 

Friday, August 5, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Kepada semua pelanggan kami dimana jua anda berada, kami ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN  RAMADHAN.

Sunday, February 6, 2011

JML Delivery di Bangi, Shah Alam dan Kelang.

Insyaallah pihak pengurusan sedang merancang dan akan melancar JML Delivery terus kepada pengguna dalam masa terdekat. Sebagai permulaan, pihak JML akan mengadakan perkhidmatan ini kepada pengguna yang menempah terus kepada kami atau wakil jualan kami. Walaubagaimana pun sedikit caj akan dikenakan bagi menampung kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung oleh pihak pengurusan. Had minima tempahan juga akan diperkenalkan. Keutamaan akan diberikan kepada pengguna yang menempah dengan kapasiti yang besar.