Bersama Kita Melunaskan Fardhu Kifayah

Koperasi JML Bhd merupakan koperasi 100% Bumiputra Islam. Menjadi tanggungjawab Fardu Kifayah kami untuk menyediakan produk makanan yang BERSIH, SUCI dan HALAL untuk kegunaan para pengguna. Pihak kami juga telah mendapat pengesahan HALAL dari pihak JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN. Nikmatilah produk kami tanpa was-was.


Segala komen para pelanggan yang budiman dalam usaha bersama melunaskan fardhu kifayah amatlah dialu-alukan. Semoga ALLAH S.W.T. merahmati usaha murni kita semua khususnya para pelanggan dan rakan niaga kami terhadap sokongan yang diberikan kepada kami selama ini......


Sebarang komen dan cadangan, emailkan kepada kami di koperasijmlberhad@gmail.com.







PRODUK KELUARAN KAMI

PRODUK KELUARAN KAMI

PENGHARGAAN KEPADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

Semenjak penubuhan koperasi pada tahun 1999......didalam usaha melunaskan Fardhu Kifayah....Koperasi JML Bhd. merakamkan setinggi penghargaan kepada Suruhan Jaya Koperasi (dahulunya Jabatan Pembangunan Koperasi). Segala bantuan, nasihat, tunjuk ajar, bimbingan.........hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Anugerah Khas SKM yang Koperasi JML terima amat bermakna dan tak ternilai bagi kami.







IKS BIMBINGAN SIRIM

Koperasi JML merakamkan setinggi penghargaan kepada SIRIM Bhd. di atas nasihat dan bantuan dalam pembangunan dan prosesan produk koperasi JML.







AKTIVITI-AKTIVITI KOPERASI JML BHD.

1. Aktiviti Pengilangan makanan basah;

i) Memproses laksa segar

ii) Memproses laksam
iii)Memproses mee kuning
iv) Memproses kueh tiaw
v)Memproses bebola dan kiub ikan.


2. Aktiviti Pemasaran makanan basah, sayuran dan buah-buahan;

i) Memasarkan secara borong di pasar basah di seluruh negeri Kelantan iaitu di bandar Machang, Kuala Krai, Pasir Putih, Tanah Merah dan Kota Bharu.
ii) Memasarkan secara borong di pasar basah di bandar bersempadan Kelantan/Terengganu iaitu di bandar Jertih, Besut dan Bandar Permaisuri.

iii) Memasarkan secara borong di sekitar bandar Bangi, Kajang, Putrajaya, Shah Alam dan Kelang di Lembah Klang dan Selangor.



3. Aktiviti Pertanian

i) Pengeluaran benih dan ternakan air tawar – ikan keli.
ii) Membekal baka dan menternak lembu dan kerbau.

iii) Membekal baka dan menternak itik telur.


Sunday, February 6, 2011

JML Delivery di Bangi, Shah Alam dan Kelang.

Insyaallah pihak pengurusan sedang merancang dan akan melancar JML Delivery terus kepada pengguna dalam masa terdekat. Sebagai permulaan, pihak JML akan mengadakan perkhidmatan ini kepada pengguna yang menempah terus kepada kami atau wakil jualan kami. Walaubagaimana pun sedikit caj akan dikenakan bagi menampung kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung oleh pihak pengurusan. Had minima tempahan juga akan diperkenalkan. Keutamaan akan diberikan kepada pengguna yang menempah dengan kapasiti yang besar.

Awasi produk berjenama Melayu

Kebanyakan orang kita keliru dengan nama produk di pasaran terutama produk makanan. Mereka menganggap produk berjenama Melayu kesemuanya halal, padahal ianya tidak mendapat pengiktirafan dari pihak yang berwajib. Pihak kami ingin memaklumkan kepada pengguna beragama Islam agar mengawasi isu ini kerana terdapat produk di pasaran yang menggunakan jenama melayu. Pastikan ianya halal. Jangan menggunakan produk tersebut sekiranya tidak mengetahui status halal.